Saturday 3 March 2012


Pada 2 Mac 2012, jam 8.00 malam di laman nilam SKPP 18(1), telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG 2012. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Khairuddin bin Samad Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya. Di samping majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG, beliau turut melancarkan Laman Blogspot sekolah yang telah diwujudkan untuk menyampaikan maklumat serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak seklah. Untuk melihat laman blog SKPP 18(1), sila klik pada link di bawah www.skputrajayapresint181.blogspot .

Thursday 1 March 2012

Program MBM


Program Memartabatkan Bahasa Melayu telah dijalankan pada setiap hari rabu berselang seli dengan Program Memperkasa Bahasa Inggeris. Program ini melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 3. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa melayu antaranya ialah Mari Berpantun, Soal  Jawab, Mari Bersyair, Bercerita dan sebagainya.

Thursday 16 February 2012

Bermulanya Di sini



Assalamualaikum....

       
 Pada tanggal 16 Februari 2012, telah terhasilnya blog ini iaitu Blog Panitia Bahasa Melayu SKPP 18(1). Tujuan utama blog ini di wujudkan ialah untuk memberitahu serta menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti Panitia Bahasa Melayu yang diterajui oleh Pn. Nur Nazihah Binti Mohamad Nashrudin selaku Ketua Panitia untuk sesi persekolahan 2012.

Oleh itu, dari semasa ke semasa blog ini akan di kemas kini dengan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh panitia. Diharap setiap pengunjung blog ini akan memperolehi pelbagai maklumat serta manfaat yang berguna.

Sekian, terima kasih.